KEAJAIBAN SOLAT ISTIKHARAH

RM8.00

Bila disebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringtan dalam soal ini. Ianya tidak sahaja berkaitan tentang jodoh, tetapi mencakupi tentang semua urusan hidup, hajat dan perkara-perkara lainnya. Oleh itu, Solat Sunat Istikharah ini sangat-sangat digalakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

“Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al-Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat”.

Buku ini mendedahkan kaifiat Solat Istikharah secara mendetail. Semoga dengan terbitnya buku ini dapat menambah keimanan kita, dah menjadikan amalan soleh dalam hidup kita. Amin.

3 in stock

SKU: 978-967-5218-30-9 Category: Tags: , Product ID: 21196

Additional information

Weight 0.120 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “KEAJAIBAN SOLAT ISTIKHARAH”

Your email address will not be published. Required fields are marked *