KEAJAIBAN SUNNAH-SUNNAH NABI SAW

RM16.50

Di dalam buku ini, saya tidak bermaksud untuk mencakupi semuanya, kerana ada banyak sekali sunnah. Andai saya menunggu hingga boleh mencakupi kesemuanya dan andai mencuba pun, saya tidak pernah mampu. Anda pasti akan melihat cahaya dalam buku ini. Andai di kemudian hari ada tekad dan diri saya untuk melakukan perkara ini, maka saya akan menambahkannya dalam cetakan atau edisi berikutnya, insya Allah.

Sebahagian para pembaca mungkin berpendapat bahawa nilai beberapa sunnah yang ada di dalam buku ini sudah tidak asing di mata mereka, bahkan barangkali mereka mengerjakannya kerana kebiasaan sahaja. Mereka tidak sengaja, dan sama sekali dalam melakukan perkara tersebut tidak memiliki niat untuk mengikut sunnah Rasulullah s.a.w., padahal dalam niat ini terkandung pahala yang besar. Oleh sebab itu, saya ingin memalingkan pandángan mereka ke arah ini, dan agar mereka mengetahui bahawa anjuran syariat ini benar-benar datang dari Rasulullah s.a.w., baik berupa ucapan, perbuatan atau ketetapan baginda atas perbuatan para sahabat.

Kadang-kadang terdapat perbezaan pendapat oleh beberapa ulama dalam sunnah-sunnah tersebut, tentang perkara ini saya menunggu kritikan dan saranan dan para pembaca, sehingga kita boleh bekerjasama untuk menegakkan dakwah yang paling lurus ini dengan menggunakan kaedah yang lebih baik.

 

Out of stock

Category: Tags: , Product ID: 21781

Additional information

Weight 0.325 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “KEAJAIBAN SUNNAH-SUNNAH NABI SAW”

Your email address will not be published. Required fields are marked *