Additional information
Weight | 0.440 kg |
---|
RM25.00
Pada hakikatnya di Minangkabau orang laki-laki amat sengsara. Dia tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Hanya sebentar sahaja dia tinggal di dalam rumah ibunya, iaitu sampai umur 6 tahun. Selepas itu, dia sudah mesti tidur di surau bersama-sama temannya sambil belajar mengaji Al-Quran. Malu benar bagi anak Minangkabau tidur di rumah apabila sudah pandai melangkah ke surau. Setelah patut beristeri, dia menjadi semenda ke rumah isterinya, dan dia tidak ada kuasa di dalam rumah itu. Kalau dia bercerai dari sana, dialah yang mesti membawa bungkusannya dan berangkat.
Demikian adat Minangkabau yang dikatakan sebagai :
“Adat bersendi syarak,
Syarak bersendi Kitabullah,
Syarak mengata,
Adat memakai,
Masjid sebuah,
balairung seruang”
Ketika buku ini mulai tersiar nescaya pihak nenek-mamak yang berfaham kolot dengan serta-merta menyatakan kemarahannya, malahan ada pula bermaksud hendak menculik penulis kerana dipandang hendak meruntuh adat. Bahkan ada yang menuduh bahawa penulis adalah kakitangan “Nica” (penjajah), iaitu tuduhan yang mudah saja dilemparkan kepada setiap orang yang disenangi pada masa itu.
Judul : Islam & Adat Minangkabau
Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Genre : Esei
Mukasurat :356 halaman
Cetakan Pertama : 2006
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.