Additional information
Weight | 0.515 kg |
---|
RM32.00
Jelas ramai yang kehairanan jika penulis katakan bahawa cinta merupakan perkara yang dianjurkan dalam Islam. Tidak ada satu pun nas yang melarang cinta, bahkan cinta adalah dasar bagi agama. Rasulullah SAW sendiri mencintai ‘Aisyah dengan memanggilnya Humaira (isteri yang memiliki pipi kemerah-merahan). Dipanggil demikian kerana wajahnya nampak kemerah-merahan di saat marah. Rasulullah SAW senang bercumbu rayu dan belaian kasih sayang dengan motif cinta. Dan cinta yang telah menimpa manusia tidak perlu dikurangi atau dirosak kerana cinta adalah hal yang manusiawi. Para sahabat juga mengalami percintaan begitu juga para pengikutnya yang telah penulis kutip anggapan Ibn Hazm mengenainya. Cinta merupakan bentuk penyatuan rasa rindu hati dan jiwa sebelum penyatuan fizikal. Mimpi dan dambaan penulis semoga setiap individu mengerti pengertian ini dengan erti yang sebenar, sekaligus membuang jauh-jauh nafsu berahi menuju erti cinta sebenarnya. Selamat membaca dan teriring doa semoga anda menjadi pasangan yang paling bahagia di dunia dan akhirat.
ISBN-13: 978-967-5420-76-4
Tarikh Terbit: Jan 2013
Jumlah Muka Surat : 394
Penulis : Nur Yasmin & Muhammad Raihan
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.