Idhah Al-Bab Li Murid Al-Nikah Bi Al-Sawab

RM17.00

Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani berasal dari Kampung Parit Marhum, Kerisek Patani. Beliau mengikuti pengajian asas di patani selama 5 tahun, kemudiannya menerus pengajian di Aceh di bawah bimbingan Sheikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi selama 2 tahun. Setelah itu beliau meneruskan pengajian di Mekah selama 30 tahun dan di Madinah 5 tahun. Kemudian kembali ke tanahair untuk tempoh yang singkat kerana berlaku peperangan di antara Patani dan Siam. Beliau juga melibatkan diri secara langsung dengan jihad fi sabilillah di Patani. Beliau kembali ke Mekah dan aktif dalam bidang ilmu serta menghasilkan karya tulisan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.
Kitab Idhah al-Bab li Murid al-Nikah bi al-Sawab merupakan salah satu khazanah ilmu yang beliau hasilkan. Kitab ini khusus membahaskan bab Munakahat atau Perkahwinan. Salah satu bab yang dibicarakan dalam feqah Islam. Buku ini telah disalin semula dengan menggunakan tulisan rumi tanpa membuat pindaan daripada teks asal Jawinya. Begitu juga dari susun bahasanya mengikut kepada bahasa di dalam teks asalnya. Ini memberi peluang kepada mereka yang kurang mahir dalam tulisan Jawi untuk mengikuti majlis pengajian kitab ini berdasarkan kitab asalnya.
Semoga dengan kehadiran teks yang disalin semula dengan tulisan rumi ini akan menyuburkan lagi khazanah ilmu yang telah diusahakan oleh para ulama terdahulu. Dan semoga dengan usaha kita menuntut Uniu-ilmu ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.

ISBN-13: 978-967-4390-17-4
Tarikh Terbit: Jan 2013
Jumlah Muka Surat : 207

Penulis : Alim Al-Allamah Al-Syeikh Iman Bahjah Di Al-Islam

5 in stock

Category: Product ID: 13827

Additional information

Weight 0.250 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Idhah Al-Bab Li Murid Al-Nikah Bi Al-Sawab”

Your email address will not be published. Required fields are marked *