HIJRAH

RM20.00

Jika berbicara tentang hijrah, ramai yang akan cepat membayangkan perubahan daripada jahat menjadi baik. Ya, umumnya begitulah yang diterima dan difahami masyarakat. Dengan menggunakan konsep throwback, pemuda bernama Majid ini memulakan kisahnya semasa masih bersekolah. Boleh dikatakan beliau ini tergolong dalam kelompok otai ataupun gangster sekolah. Membuli pelajar lain, menarik kaki pelajar yang sedang solat berjemaah, menyusup masuk ke asrama puteri dan pelbagai lagi perlakuannya yang boeh dikategorikan sebagai kurang civilised.  Setelah itu, beliau dicampakkan pula ke ruang masa ketika beliau di universiti. Ketika itu, beliau bertemu dengan Umar yang begitu sabar ingin berkawan dengan Majid, walaupun Majid melayannya seperti  sampah.

Namun, kesabaran Umar akhirnya membuahkan hasil. Majid mula berkawan dengan Umar, dan melaluinya, Majid mula berubah sedikit demi sedikit.  Tanpa disangka Majid, Umar menyimpan rahsia yang amat membebankan di sebalik kuntuman senyuman yang diberikan. Majid yang selama ini begitu tidak mempedulikan perihal Umar, mula mencari-cari sahabatnya itu tatkala Umar menghilangkan diri secara tiba-tiba. Sehinggalah suatu hari, dia memperoleh sekeping nota daripada Umar, memintanya pergi ke sebuah tempat kediaman pada masa yang ditetapkan. Pesan Umar, JANGAN LAMBAT!

5 in stock

SKU: 978-983-2423-32-4 Category: Tags: , , , Product ID: 18394

Additional information

Weight 0.175 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “HIJRAH”

Your email address will not be published. Required fields are marked *