Henry the Black Panglima Awang- Pelayar Melayu Pertama Mengelilingi Dunia

RM37.90

Out of stock

Category: Product ID: 42183

Description

Sejarah kerap menutup kebenaran, selalu memihak kepada orang yang lebih kuat, penguasa dan bangsa Eropah, Maka, benarlah frasa bahawa sejarah ditulis hanya untuk orang atau bangsa yang menang atau kuat, bukan untuk orang yang kalah atau lemah. Sekurang-kurangnya, itulah saripati penting apabila kita melihat sejarah yang ada sekitar kita dewasa ini. Sejarah sudah mencatatkan bahawa orang yang berjaya mengelilingi bumi adalah Christopher Columbus, Vasco da Gama, Ferdinand Magellan dan Sebastian de Elcano. Pelaut-pelaut Sepanyol dan Portugis digambarkan sebagai pelaut yang sangat hebat dan pakar dalam ilmu pelayaran schingga mereka mampu menakluk lautan luas dan berjaya mengelilingi bumi.

Nama Enrique Maluku, Henry the Black, Enrique Melaka, atau Panglima Awang tidak pernah tercatat dalam sejarah yang mengelilingi bumi.  Tetapi nama orang Eropah yang berjaya mengelilingi bumi disebut sebagai  Sebastian de Elcano. Sedangkan Sebastian de Elcano herjaya mengelilingi bumi 17 bulan selepas kejayaan yang dilakukan oleh Panglima Awang.

Panglima Awang dilahirkan pada tahun 1494. Pada tahun 1503 beliau berlayar dari Ambon ke Palembang. Maknanya, pada tahun itu beliau memulai pelayaran mengelilingi bumi, Sekitar tahun 1509-1510  beliau bcrlayar dari Pelembang ke Melaka dan sempat bekerja dengan Sultan Mahmud Syah Pada tahun 1511, penguasa Portugis di bawah pimpinan Alfonso de’Albuquerque telah menakluk Melaka. Sewaktu awal pengepungan pada tanggal 13 Julai 1511. Ferdinand Magellan, salah seorang kapten armada Alfonso de’Albuquerque  berjaya menculik seorang lelaki yang kemudiannya mereka namakannya sebagai Enrique Maluku, sesuai dengan nama St Henry (versi Inggeris),  Henrique (Portugal) atau Enrique (Sepanyol) vang hari raya peringatan jatuh pada 15 Julai itu.

Ada dua sumber asas yang menjadi acuan kebenaran sejarah ini. Pertama, catatan Antonio Pigafetta.  Pelayar berdarah Itali, salah seorang pelayar yang ikut dalam eksplorasi Armada Maluku. Selama dalam pelayaran, Antonio  Pigafetta kerap bersama Earique. Hakikat ini terpapar dalam catatannya vang banyak bertabur kosa-kata bahasa Melayu. Di kapal itu hanya Enrique seorang sahaja yang menguasai bahasa Melayu. Dalam catatan ini đikatakan Enrique Maluku adalah pembantu Ferdinand Magellan.  Antonio  Pigafetta juga mencatatkan bahawa pelayaran Enrique Maluku bersama Ferdinand Magellan menempuh jarak 80.340 km.

Kedua, sumber Maximilianus Transylvanus. Sumber ini lebih menegaskan lagi bahawa Enrique de Malacca atau Panglima Awang merupakan penterjemah yang berasal darī Maluku. Maximillianus, wakil takhta suci menyimpulkannya setelah mewawancarai 18 orang anak kapal yang selamat pulang ke Sepanyol, di bawah pimpinan Sebastian de Eleano.

 

ISBN-13: 978-967-2278-23-8
Tarikh Terbit: Feb 2020
Jumlah Muka Surat : 233

Penulis : Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Additional information

Weight 1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Henry the Black Panglima Awang- Pelayar Melayu Pertama Mengelilingi Dunia”