Dajjal Di Segitiga Bermuda

RM25.90

Segala-galanya bermula ketika penulis bertemu seorang individu berketurunan Yahudi yang
mengaku telah membunuh Cherep Spiridovich, seorang gabenor berketurunan Skandinavia.
Pembunuhan itu terjadi kerana Cherep telah menulis 2 buah buku terkenal berjudul The Hidden
Hand dan The Secret World Government. Kedua-dua buku itu mengaitkan Dajjal (Messiah bagi
orang Yahudi) dengan Segitiga Bermuda dan Misteri Piring Terbang.
Sejak itu, Muhammad Isa Dawud menjalankan pelbagai kajian, temubual dan pergi ke lokasi
tertentu bagi mendapatkan bahan dan mengesahkan fakta-fakta yang diperolehinya. Buku dengan
tajuk asal Ihdzaru Al-Masih Ad-Dajjal Yaghzu Al-’Alam Min Mutsallats Barmuda ini menjadi
terkenal di seluruh dunia dan telah diterjemah ke dalam beberapa bahasa.
Buku ini mengemukakan secara terperinci mengenai hubungan Dajjal dengan Segitiga
Bermuda dan Piring Terbang. Ia juga membongkar pelbagai strategi dan fitnah yang digunakan
oleh Dajjal dan kuncu-kuncunya bagi menakluki dunia. Dajjal Muncul Dari Segitiga Bermuda
bukan buku bacaan santai yang sekadar dibaca bagi mendapatkan pengetahuan am tentang Dajjal.
Sebaliknya, buku ini harus dijadikan persediaan dalam menghadapi zaman-zaman kegelapan
menjelang kemunculannya.
Semoga Allah terus memelihara semua Muslim agar kekal dalam hidayah dan tali iman
sekaligus menyelamatkan kita daripada fitnah besar yang amat dahsyat ini.

ISBN-13: 978-967-5391-22-4
Tarikh Terbit: Jan 2013
Jumlah Muka Surat : 210

Penulis : Muhammad Isa Dawud

Out of stock

Category: Product ID: 12611

Additional information

Weight 0.275 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dajjal Di Segitiga Bermuda”

Your email address will not be published. Required fields are marked *