Additional information
Weight | 0.250 kg |
---|
RM15.00
Peringatan buat kita semua, agar jangan sesekali menganiaya orang lain, baik dalam apa jua bentuk sekalipun. Sama ada dari segi perbuatan, perkataan, tulisan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat dan sistem perhubungan yang serba canggih ini. Penganiayaan boleh berlaku di dunia maya atau siber tanpa kita sedar atau sengajakan. Tunaikan dan berikanlah hak kepada orang lain sebagaimana yang sepatutnya. Yang penting dan mesti kita ingati ialah doa orang teraniaya itu begitu makbul sekali. Dan mereka ini akan dibela oleh Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Lagi Maha Mendengar.
Kisah-kisah silam telah membuktikan betapa Allah mengabulkan doa¬doa mereka yang teraniaya ini. Kisah-kisah ini bukan sahaja berlaku di zaman dahulu malah ada juga kisah-kisah yang telah terjadi masa sekarang. Bacalah dan hayatilah buku ini, semoga is membuahkan perasaan cinta dan sayang di dalam hati kita dan menghapuskan rasa dengki dan dendam yang membawa kemusnahan.
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.