Description
BUKU GERAKAN SYAITAN
Kumpulan pemujaan syaitan bukan lagi satu kumpulan rahsia.Kumpulan ini wujud dan berkembang dengan pantas di seluruh dunia.
Hakikatnya, Allah telah memberi amaran, syaitan adlah musuh paling nyata bagi manusia.Sesiapa yang mengikut ‘telunjuk’ syaitan akan menerima azab yang pedih di neraka.Malangnya, masih ramai yang tidak mengendahkan amaran itu.Malah apa yang menyedihkan, anak-anak muda di negara kita sendiri mudah terpengaruh dengan kumpulan-kumpulan itu.Mereka tidak segan silu mengagung-agungkan simbol syaitan kumpulan-kumpulan itu.
Buku ini mededahkan sebahagian kumpulan dan pertubuhan yang menjadikan syaitan sebagai berhala sembahan mereka.Ia bertujuan supaya anak-anak muda menadapat maklumat mengenai aktiviti-aktiviti rahsia kumpulan dan pertubuhan pujaan mereka itu.Walaupun ada pertubuhan yang tidak menjadikan syaitan sebagai tunggak utama kumpulan mereka, amat jelas pertubuhan itu ditubuhkan atas pengaruh syaitan.
Semoga anak-anak muda kita terutamanya yang beragama Islam akan lebih menggunakan akal dari nafsu dan tidak lagi keliru ketika disogokkan dengan keseronokan yang mengelirukan.
Reviews
There are no reviews yet.