Fiqh Solat Empat Mazhab Menurut Al-Quran dan Hadis

RM25.00

”Asas setiap perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan pancaknya adalah jihad pada jalan Allah.” Riwayat Trirmizi
Solat merupakan beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiratulihram dan disudahkan dengan salam. Ia adalah ibadah yang pertama sekali diwajibkan oleh Allah kepada hambaNya dan juga mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat nanti.

Dalam menunaikan ibadah ini terdapat perbezaan bacaan atau perbuatan antara empat mazhab dalam ahli sunnah wal jamaah. Namun ia hanya melibatkan perkara-perkara kecil dan dcabang sahaja. Perbezaan pendapat ini tidak berkaitan langsung dengan usrusan akidah, tauhid mahupun prinsip-prinsip dasar agama. Perbezaan pandangan dalam hal-hal cabang ini adalah kerana berbezaan tafsiran dalil dan anggapan terhadap kekuatan dalil hadisnya.

Perbezaan ini sering menjadi pertanyaan dalam solat berjemaah terutama bagi makmum yang mengikut iman yang berbeza pendapat mazhabnya. Namun ini bukanlah halangan untuk kita menunaikan solat berjemaah kerana kelebihan serta fadilat solat berjemaah itu amat besar dan amat ditekankan oleh Islam dan Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. melarang jemaah yang mengikut imanya melakukan pergerakkan yang berbeza daripada imam yang mereka ikuti.

”Seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu jaganlah kamu melakukan perkara-perkara yang berbeza dengannya. Apabila dia rukuk, maka rukuklah. Apabila dia membaca ‘Sami Allahuliman Hamidah’ maka katalah ‘Rabbana lakal Hamduh’. Apabila dia sujud, maka sujudlah. Dan apabila dia solat duduk maka bersolat duduklah kamu semua(dalam jemaah). Dan luruskan saf dalam solat (jemaah) kerana sesungguhnya saf yang lurus adalah tanda kesempurnaan solat (jemah).” Sahih Bukhari.

ISBN-13: 978-967-5274-50-3
Tarikh Terbit: Jan 2010
Jumlah Muka Surat : 357

Penulis : Abdul Qadir Ar-Rahbawi

Out of stock

Category: Tags: , , , Product ID: 14079

Additional information

Weight 0.480 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Fiqh Solat Empat Mazhab Menurut Al-Quran dan Hadis”

Your email address will not be published. Required fields are marked *