Additional information
Weight | 0.845 kg |
---|
RM40.00
DALAM zaman yang serba moden ini, banyak masalah-masalah yang perlu di ijtihadkan hukum yang sesuai baginya sejurus dengan peredaran zaman yang begitu pantas. Masalah-masalah ini mungkin tidak pernah berlaku sebelum ini dan tiada hukum yang khusus baginya. Di samping itu, tiada dalil-dalil yang khusus ditujukan kepada masalah tersebut. Oleh itu, para alim ulama, mufti-mufti dan para fuqaha’ perlu mengeluarkan fatwa berkaitan dengan fiqh semasa. Namun, mengeluarkan fatwa ini bukanlah perkara yang mudah dan memikul amanah yang besar sebagaimana sabda baginda SAW, yang bermaksud: “Sesiapa yang diminta mengeluarkan fatwa tidak berdasarkan ilmu, dosa akibat fatwa tersebut ditanggung oleh orang yang mengeluarkan .fatwa itu sendiri.”<p>
Dalam ayat di atas, Allah SWT meletakkan perbuatan memperkatakan tentang agama Allah SWT tanpa berdasarkan ilmu sebaris dengan melakukan syirik kepada Allah SWT dan ia sekaligus menunjukkan bahawa mengeluarkan fatwa sama sekali tidak wajar dilakukan melainkan oleh ahli-ahlinya sahaja. Pengeluaran fatwa yang bukan daripada ahlinya mengundang dosa yang besar di sisi Allah SWT. Apalagi tidak semua orang yang belajar agama dan mampu menyampaikan ceramah kepada umum, boleh mengeluarkan fatwa, sebaliknya mereka yang memahami bidang fatwa dan semua selok-beloknya sahaja yang layak berbuat demikian.<p>
Buku ini diketengahkan oleh penulis dengan hasrat untuk memudahkan kefahaman umat Islam tentang selok-belok dan isu-isu fatwa yang telah pun dijawab oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang melibatkan pelbagai isu serta bagi memudahkan perjalanan kehidupan seharian mereka. la melibatkan keseluruhan persoalan daripada isu akidah sehingga kepada fiqh makanan. Semoga dengan mengkaji dengan lebih mendalam dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, atas perbuatan mentaati segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.