Cinta Infiniti

RM26.00

KATEGORI NOVEL
GENRE CINTA

PENGAJARAN

PENULIS

PENERBIT FAJAR PAKEER SDN BHD
BIL. HALAMAN
ISBN 9789670992136

Out of stock

SKU: 9789670992136 Category: Tags: , , Product ID: 27367

Description

DALAM fikiran Farhani Idayu ketika melangkah ke Teguh Dinamik Holdings ialah untuk selesaikan praktikal dengan jayanya. Mamanya pun siap pesan lagi. Dapatkan segulung ijazah, bukan segulung sijil nikah! Tapi kalau dah orangnya cantik menawan, mana mungkin tak ada yang berkenan.

“Saya Umar Azharie, kerja kat tingkat 7. Belum berkahwin, errr… Sedang mencari calon sesuai untuk dijadikan isteri. – Umar Azharie

“Jangan mengaku tak ada boyfriend, saya mengurat nanti tetiba aje kata ada boyfriend pula!” – Daniel Iskandar

Seorang arkitek bermata cantik, seorang lagi bos kerek yang boleh tahan kacak. Farhani Idayu memang pening kepala melayan kerenah mereka yang asyik ingin mendekatinya. Akhirnya, dia sedar bahawa nama Umar Azharie yang mula ada dalam hatinya. Lagipun, dia tak gemar dengan latar belakang Daniel Iskandar yang dianggapnya terlalu kaya.

“Betul Hani tak suka orang kaya? Maksudnya Hani sukalah orang biasa yang sederhana macam abang ni, kan?” – Umar Azharie
“Yalah. Hani tak suka orang kaya…” – Farhani Idayu

Namun, Farhani Idayu bagaikan tersepit saat Daniel Iskandar memintanya menjadi ‘pelakon’ dengan watak sebagai bakal isterinya. Semuanya gara-gara nak elakkan diri daripada terus digilai Mazni. Farhani Idayu mahu tak mahu, terpaksa mengikut rentak bosnya itu. Takut pula tak lulus praktikal!

Additional information

Weight 0.520 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Cinta Infiniti”

Your email address will not be published. Required fields are marked *