Cerpen Sentap

RM25.00

Untuk siapa buku ini ditulis?

1.Untuk mereka yang rasa bahawa cintanya pada pasangan sebelum nikahnya adalah cinta yang tulus suci murni kerana Allah dan kekal sampai ke lubang kubur, tapi mereka lupa bahawa cinta yang sebenar adalah apa-apa cinta yang membawa ke Syurga dan beri pahala, bukannya dosa dan Neraka.

2.Untuk mereka yang rasa buat maksiat itu boleh tenangkan hati, sedangkan mereka lupa bahawa nak tenangkan hati tu mesti kembali kepada yang Pencipta hati.

3.Untuk mereka yang rasa perintah agama ni boleh buat mana yang mereka suka, tinggalkan mana yang mereka tak suka, sedangkan agama ni mesti diambil secara keseluruhannya.

4.Untuk mereka yang rasa bahawa agama itu magis, sedangkan agama itu reality, fitrah dan penuh dengan sebab musabab.

5.Untuk mereka yang rasa taubat ni cukup hanya sekali, sedangkan Rasulullah dan para Nabi terdahulu pun banyak kali istighfar dan bertaubat setiap hari.

6.Untuk mereka rasa futur dan nak tinggalkan dakwah tarbiah, tapi mereka lupa yang para Nabi dan Rasul sanggup mati untuk dakwah tarbiah ini.

7.Untuk mereka yang masih merangkak mencari kenapa mereka dihidupkan kat dunia ni, setelah mereka dah berbelas atau puluhan tahun hidup kat dunia.

8.Untuk mereka yang rasa putus asa serta kecewa dengan projek dan kemenangan Islam, sedangkan kemenangan Islam tu hanya milik Allah.

9.Dan yang paling penting, adalah untuk diri saya sendiri yang banyak sembang kencang, tapi apa pun tak jalan.

Saya persembahkan karya ini untuk mereka dan anda.Agar umat yang lalai dibuai mimpi hari ini, kembali bangkit menjadi singa yang berani, daripada menjadi kijang yang pengecut. Selamat membaca, dan berkhayal.

ISBN-13: 978-967-13498-0-9
Tarikh Terbit: Jan 2016
Jumlah Muka Surat : 213

Penulis : Shukery Azizan

Out of stock

Category: Tags: , , Product ID: 14435

Additional information

Weight 0.255 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Cerpen Sentap”

Your email address will not be published. Required fields are marked *