Description
Dapur Eat Clean adalah idea unik yang memberi nafas baru kepada masakan-masakan di Malaysia yang kebanyakannya dikatakan tidak sihat atau menggemukkan. Gabungan elemen kurus dan sihat merupakan satu tarikan yang terbaik dalam Dapur Eat Clean. Berdasarkan pengalaman Aizat & Fatin Ayuni dalam mencari menu-menu diet yang sihat yang mempunyai cita rasa Malaysia menjadi penyebab buku ini mahu diterbitkan.
Penglibatan Kaunselor Pemakanan, Khairul Azuan juga menguatkan lagi gabungan buku ini dalam memastikan susunan pemakanan, resipi yang dibuat menepati piawaian yang ditetapkan dan dikategorikan sebagai lulus untuk diet.
Di Malaysia, Eat Clean mula digunapakai dalam membantu proses menurunkan berat badan. Di sinilah bermulanya Dapur Eat Clean yang diinspirasikan oleh mereka yang percaya bahawa Eat Clean juga sesuai diadaptasi oleh menu masakan Malaysia dan sangat sesuai untuk menurunkan berat badan jika dimodifikasi dengan sihat dan betul.
Sebab utama pemilihan untuk menyediakan menu
pemakanan selama 21 hari adalah kerana selama 21 hari badan
kita akan menerima dan selesa dengan penukaran menu dan rutin
pemakanan yang baru. Dengan ini selama 21 hari daripada gaya
pemakanan yang lama dapat diubah dan menjadi kebiasaan untuk
kekal dijadikan gaya pemakanan yang baru.
Buku ini juga mengandungi jadual pemakanan untuk 3 minggu dan pelbagai tip serta info tentang pengambilan makanan seharian.
Reviews
There are no reviews yet.