AZWAR KAMARUZAMAN

RM20.00

KATEGORI BUKU
GENRE FIKSYEN

CINTA

PENULIS AZWAR KAMARUZAMAN
PENERBIT LEJEN PRESS
BIL. HALAMAN
ISBN 9789670591117

2 in stock

Category: Tags: , , , Product ID: 27039

Description

Bukan senang aku mahu memberi hati lelaki aku ini kepada orang lain. Sekali aku bagi pada kau, dia milik kau selama-lamanya. Aku sudah berjanji pada diri aku. Wanita yang berjaya memiliki hati ini, akan aku curahkan segala-galanya pada dia. Tapi apabila aku beri pada kau, kenapa kau masih meragui cinta aku, perempuan? Tak cukupkah dengan segala pengorbanan yang telah aku lakukan? Aku sayang kau sepenuh hati aku! Sumpah aku sayang kau! Tapi kenapa kau memperdajalkan aku?- Fahmie

Susah untuk aku cakap. Erti cinta. Yang boleh saja membuat semua manusia gila. Termasuk aku. Biarpun orang selalu menganggap aku ustazah berdasarkan pakaian aku, tapi aku juga lemas dan lemah dek cinta. Aku manusia biasa, bukan maksum. Ada nafsu, yang kadang-kadang sukar dijaga. Kerana cinta juga, aku sanggup buang apa yang aku pakai. Aku sanggup membelakangi apa yang aku beriman.- Badrina.

Kalau korang jadi aku, sakit hati tak tengok jantan yang kita suka bercanda dengan betina lain? Sakit hati tak? Kalau tak, better kau cek diri kau! Aku sayang dia tapi aku pendam saja. Nak buat macam mana kan. Dah orang tak suka, buat apa nak terhegeh-hegeh lagi. Aku reda, asalkan orang yang aku sayang hidup bahagia. Biarpun kesakitan aku membuatkan dia bahagia, aku pasrah. Tapi, sekali ada orang sanggup buat barua terhadap orang yang aku sayang, kau tunggu balasan aku!!!- Jannah.

Additional information

Weight 0.180 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “AZWAR KAMARUZAMAN”

Your email address will not be published. Required fields are marked *