Description
ULASAN:
Buku ini berkisah tentang pandangan, resensi dan perjalanan pencinta buku yang juga mahasiswa Sarjana Muda Undang-Undang di UIAM. Sejak kecil, penulis tidak pernah berenggang dengan buku sehingga sering ditanya, “Ada apa dengan buku?” Bagi penulis, buku ialah magis luar biasa. Buku mampu menggerakkan fikiran dan jiwa serta mengilhamkan gagasan baru. Buku membuatkan banyak orang ketawa, menangis, bahagia, bahkan melangkah dengan penuh yakin.
Keterujaan beliau dalam memburu buku diterjemahkan dalam catatan pengembaraan ke Indonesia yang bercampur rasa kecewa dengan gembira demi mendapatkan buku-buku terbaik. Naskhah ini turut memuatkan resensi beberapa buah buku besar dalam sastera kontemporari yang wajar dibaca oleh masyarakat.
Wujudkah manusia yang mahu membaca 1000 tahun lagi? Barangkali manusia itu ialah kita selepas membaca naskhah penuh inspirasi ini. Mustahil? Membaca ialah keabadian.
Reviews
There are no reviews yet.