Ahmad Ammar : Tarbiyah Sesudah Kematian

RM19.00

3 in stock

Category: Product ID: 42282

Description

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan mengadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberikan pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang malaysia pertama disemadikan di sini.

Kisah syahid seorang anak muda telah menjadi bualan yang serius dikalangan rakan-rakan, masyarakat malaysia dan telah menjangkau ke banyak negara yang ingin mengetahuai dengan lebih lanjut tentang beliau. Anak muda ini tidak menonjol dalam rutin hariannya. Namun beliau merupakan pelajar cemerlang mempunyai tahap intelek dan emosi pada tahap yang tinggi. Beliau merupakan seorang “syahid yang tertangguh”. Pemikiran dan keterlibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada usia 20 tahun beliau terlibat dalam pelbagai misi dakwah dan kemanusiaan termasuk Syria.

Subjek sejarah yang beliau pilih merupakan kesinambungan visi yang tertanam dalam diri iaitu untuk menguasai sejarah dan menguasai dunia. Kerana bagi beliau sejarah adalah kunci umat Islam. Sejarah kegemilangan Sultan Muhammad al-Fateh menguasai konstantinopel perlu diulangi. Namun Allah lobih menyayangi beliau. Pada tanggal 2 November 2013, gugurlah seorang insan berjiwa al-Fateh. Pemergian yang ditangisi oieh rakan seluruh dunia. “Kematian yang hidup” bermakna beliau menjadi terkenal dan berjaya menyuntik semangat anak muda selepas kematiannya.

 

ISBN-13: 978-967-5994-12-8

Penulis : Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

Additional information

Weight 1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ahmad Ammar : Tarbiyah Sesudah Kematian”

Your email address will not be published. Required fields are marked *