Quran Berbicara – Sinopsis Dari Surah 58-114

RM21.00

5 in stock

SKU: 978-967-2107-24-8 Category: Product ID: 42491

Description

Al-Quran ialah mukjizat kekal sebagai bukti kebenaran bahawa Muhammad adalah Rasulullah SAW. Pengekalan mukjizat Al-Quran akan tetap dirasai oleh seluruh manusia hingga ke akhir zaman. Ini berbeza dengan mukjizat seketika yang hanya dirasai oleh umat sebelum kita, bahkan mukjizat yang dirasai oleh sahabat nabi, selain Al-Quran.Sebagai contoh, Nabi Nuh AS dengan mukjizat taufan dan air bah yang hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Saleh AS dengan mukjizat unta hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Musa AS dengan mukjizat membelah air laut dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi isa as dengan mukjizat boleh menghidupkan yang mati atas izin Allah dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Tetapi Nabi Muhammad SAW dengan mukjizat al-quran berlaku untuk dan dirasai seluruh umat manusia ketika dan sesudah Baginda tidak kira masa dan tempat sampai hari kiamat dan ia akan kekal dipelihara seperti ditetapkan Al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan kamilah yang memelihara dan menjaganya” (Surah Al-Hijr: 9), dengan jaminan allah ini, terpeliharalah kitab suci Al-Quran daripada sebarang perubahan, dan bersinarlah cahayanya ke seluruh dunia.

 

ISBN-13: 978-967-2107-24-8

Penulis : Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Quran Berbicara – Sinopsis Dari Surah 58-114”

Your email address will not be published. Required fields are marked *