Additional information
Weight | 0.185 kg |
---|
RM7.00
Ilmu yang bermanfaat akan menguak tabir hitam dalam kalbu. Dari situ akan tumbuh pancaran iman yang menghiasi setiap gerak geri dan perjuangan seorang insan. Begitu juga sebaliknya ilmu yang sesat akan menitiskan bintik-bintik hitam dalam hati sehingga menjadi gelap dan tertutup dari hakikat kebenaran. Sesungguhnya ilmu bekal asas dalam menentukan kebenaran dan kebatilan.
Ilmu tanpa amal bagaikan rahmat tanpa nikmat, begitu juga amal tanpa ilmu bagaikan meredah di kegelapan malam. Ilmu dan amal beriringan dalam memurnikan amalan seseorang. Sesungguhnya amalan ditolak kerana tidak disertakan ilmu yang bermanfaat sehingga dalam bertaqarrub kepada Ilahi menjadi sia-sia. Hiasilah diri dengan ilmu agar segala amalan kita diterima Allah SWT. Buku-buku ini menyentuh bab-bab berkaitan aqidah, merahsiakan ilmu, thaharah, solat, zakat, puasa, haji, jihad, akhlak kepada Nabi SAW, makan dan minum, jual beli, keluarga, pakaian dan pergaulan, pemerintahan, hubungan kerja, akhlak, pidana dan perlakuan terhadap haiwan.
Semoga buku ini memberikan pedoman yang bermanfaat dalam membezakan amalan yang ditolak dan amalan yang diterima, insya Allah.
Tajuk: 170 Amalan Yang Ditolak
Pengarang: Muhammad Thalib
Kod: DN 261
ISBN: 983-046-182-3
Kandungan: 160 m.s.
4 in stock
Reviews
There are no reviews yet.