1000 MUKJIZAT RASULULLAH

RM65.00

Buku 1,000 Mukjizat Rasulullah SAW ini, sesungguhnya merupakan hadiah terhebat buat umat untuk mencambahkan cinta teragung kepada Baginda SAW. Dengan mengetahui mukjizat yang dianugerahkan Allah SWT kepada Baginda, mampu mengikis sikap bersahaja, sambil lewa terhadap keagungan akhlak dan keperibadian Baginda sebagai kekasih Allah di alam maya ini. Baginda adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT, pemimpin seluruh keturunan Adam, manusia pertama yang bangkit dari kubur di hari kiamat, manusia pertama yang mendapat dan memberi syafaat dan manusia pertama yang masuk ke syurga kekal abadi.
Di dalam buku ini, pembaca akan menyedari bahawa setiap orang yang datang kepada Baginda membawa suatu keperluan, maka Baginda dengan sabar akan memenuhinya dan melayaninya atau memberikan nasihat yang sangat mudah difahami. Masyarakat ketika itu, sangat berpuas hati dengan sikap dan tingkah laku Baginda. Baginda SAW umpama bapa bagi mereka. Membaca buku ini mampu menyingkap rasa takjub kepada kehebatan mukjizat Baginda dalam memahami konteks dakwah kepada golongan sukar di zamannya. Manusia yang tinggi egonya tidak mampu menolak kebenaran bila berhadapan dengan Kehebatan Baginda membaca sesuatu maklumat ghaib. Ibarat menonton filem epik Barat yang hebat dengan seni  kesan khasnya, gambaran pokok boleh beralih tempat dan berjalan dengan arahan Baginda, anggota badan yang cedera boleh sembuh dalam sekelip mata berkat mukjizat Rasulullah SAW. Banyak lagi kisah keajaiban mukjizat Rasul yang diceritakan di dalam buku ini. Justeru, memiliki buku 1,000 Mukjizat Rasulullah SAW ini ibaratnya memiliki keberkatan 1,000 kisah mukjizat Rasul di kotak minda. Ibaratnya memiliki 1,000 kisah keagungan dakwah Baginda menerusi keajaiban mukjizat dalam mengembangkan Islam di muka bumi ini. Wallahu a’lam.

4 in stock

SKU: 978-967-0326-67-2 Category: Tags: , , Product ID: 19371

Additional information

Weight 1.410 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “1000 MUKJIZAT RASULULLAH”

Your email address will not be published. Required fields are marked *