Additional information
Weight | 0.280 kg |
---|
RM21.90
“Dan mohon ampunlah kamu kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepadaNya, pasti Dia memberi kamu
kesenangan yang baik sehingga sampai ajalmu yang ditentukan dan Dia memberikan kurniaNya kepada tiap-
tiap yang mempunyai kurnia. Jika kamu berpaling sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab pada yang
besar (kiamat)”
‘Istighfar’ adalah kalimat pendek, tapi maknanya begitu indah dan mendalam dalam hidup seorang hamba.
Dalam kalimah istighfar itu terkandung elemen rohani, seperti yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu sesiapa yang
melakukan perbuatan keji mahupun menganiaya diri sendiri, hendaklah segera ingat akan Allah, lalu memohon
keampunan atas dosa-dosanya itu.
Selagi ada denyutan nafas, kita sebagai hamba naif tidak lari dari sebarang kekhilafan, sukar terhindar daripada
mengulangi kesalahan berulang kali. Jadi, dengan istighfarlah cara mudah untuk kembali kepada Allah, dan
menyesali setiap keingkaran.
Istighfar sebenarnya sebagai ibadah kepada umat manusia yang beriman. Sama ada siang atau malam, kalimah
suci ini akan melahirkan kesyukuran, kepatuhan, kecintaan selain mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah
swt.
Bagaimanakah ucapan istighfar itu? Ucaplah, astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullahaladzhim allazi
lailahaillahuwalhayyulqayyum waatubuilaih…
ISBN-13: 978-967-5391-38-5
Tarikh Terbit: Jan 2014
Jumlah Muka Surat : 201
Penulis : DRS. Haji Hanafi Mohamed & Hajjah Siti Zaimah Ab Rahman
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.