Umrah Backpacker

RM15.00

2 in stock

SKU: 978-967-361-173-7 Category: Tags: , Product ID: 34145

Description

SINOPSIS

 

“Di dalam bas, saya melihat kebanyakkan jemaah berkumat-kamit berdoa dan bertalbiah. Kemudian, saya mengalihkan pandangan ke arah luar. Kelihatan padang pasir terbentang luas.

Subhanallah. Teringat ketika zaman sekolah, ustaz selalu menceritakan sejarah penghijrahan Nabi Muhammad. Dahulu, pada anggapan saya kota Madinah dan Mekah tidak jauh.

Tetapi, apabila merasai sendiri rupanya perjalanan Madinah ke Mekah mengambil masa 8 jam lebih dengan menggunakan bas atau kereta. Saya terfikir bagaimana pula jika menaiki unta? Berapa lama perjalanan itu?

Menitis air mata saya apabila mengenangkan pengorbanan Rasulullah SAW. Bukan senang hendak merentasi padang pasir yang begitu panas, tiada air, susah hendak dapat makanan.

Apatah lagi hendak mengatasi perompak di padang pasir. Pelbagai cabaran sebenarnya perlu ditempuhi oleh Rasulullah SAW demi untuk menyebarkan agama Allah yang mulia”.

Naskah ini adalah sebuah catatan perjalanan bersifat kembara iman. Ia bermula dari Malaysia, Turki, Madinah dan Mekah. Rasailah detik ketika penulis berada di Kota Istanbul yang dahulu pernah menjadi zaman kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fatih.

Penulis menceritakan secara terperinci setiap kali tiba ke satu lokasi yang dikunjungi.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Umrah Backpacker”

Your email address will not be published. Required fields are marked *