Description
“ Duhai Allah , sentiasalah mentarbiyah hati ini dengan tarbiyah cinta-Mu . Maafkan aku andai hati ini terkadang tidak kuat mengharungi segala ujian-Mu , Ampuni aku andai pernah terkhilaf dalam mentafsir takdir-Mu . Pandanglah hambamu ini dengan belas kasih-Mu . Jangan pernah engkau tinggalkan hambamu ini keseorangan mengharungi keperitan dan terus melemahkan dalam kedukaan , melainkan engkau sentiasa ada di sisiku . Sesungguhnya , engkau maha pengasih lagi maha penyayang . ” Wati , anak kelahiran Indonesia telah mengambil keputusan untuk pergi buat selamanya . Seorang daripada anaknya Fira tidak sanggup melihat ibunya sendirian . Fahrin meminta Fahmi untuk tetap di restoran Old Town sampai dia kembali . Oleh kerana Fahrin berlari mengejar Wati tanpa melihat kiri dan kanan . Fahrin dilanggar oleh sebuah motorsikal . Leher dan tangan Fahrin patah . Fahrin tidak dapat menyedarkan dirinya selama dua hari . Wati menangis sujud dan berdoa sepanjang malam supaya Allah tidak mengambil nyawa Fahrin , kerana Wati masih sayangkan Fahrin . Walaupun Fahrin pernah melakukan kesilapan , dia juga layak menerima sekali lagi peluang . Anak-anak Fahrin juga tidak mahu kehilangan seorang ayah . Apakah yang dilalui oleh Wati sampaikan Fahrin mengejar Wati ? Apakah silap yang Fahrin lakukan ? Siapakah Wati ? Bagaimana pertemuan pertama Wati dan Fahrin . Ujian apakah yang Wati lalui sejak dia daripada kecil . Siapakah Fira dalam hidup mereka ? Adakah dia akan memberi sekali lagi peluang kepada Fahrin atas apa yang berlaku selepas Fahrin kembali sihat . Siapakah Fahmi yang diminta untuk tetap tinggal di restoran tersebut .
Reviews
There are no reviews yet.