Ubatilah Dirimu dengan Al Quran

RM5.00

Allah memberikan kesihatan dan penawar bagi roh serta jasad. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit selain daripada Allah SWT. Sesungguhnya berubat dengan Al-Quran merupakan perkara yang telah ditetapkan syariat, bahkan telah ramai salafussoleh mencuba tentang kemujarabannya. Ibnu Qayyim pernah berkata: “Sesiapa yang tidak berubat dengan Al-Quran, maka Allah tidak akan menyembuhkannya.”

Al-Quran merupakan penawar dan rahmat bagi hati serta tubuh. Insan yang beriman akan mengambil Al-Quran untuk mengubati hatinya yang duka dan nestapa, juga sebagai penawar bagi jasadnya yang sakit. Gunakanlah Al-Quran sebagai pedoman dalam kehidupan, ambillah juga kesempatan bagi berlindung dan merawat diri denganNya daripada gangguan syaitan, jin, sihir dan pelbagai lagi niat jahat manusia serta malapetaka.

Semoga umat Islam mampu menggunakan Al-Quran sebagai pegangan dalam segala aspek kehidupan, insya Allah.

ISBN-13: 978-983-046-098-3
Tarikh Terbit: Jan 2009
Jumlah Muka Surat : 120

Penulis : Abu Fida’ Muhd Izzat

Out of stock

Category: Product ID: 13571

Additional information

Weight 0.115 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ubatilah Dirimu dengan Al Quran”

Your email address will not be published. Required fields are marked *