TAFSIR AL-MUNIR JUZ AMMA

RM55.00

Kitab Tafsir al-Munir (terjemahan) yang sedang anda tatap ini merupakan sebuah kitab yang amat berharga dalam bidang tafsir al-Quran. Tafsir al-Munir ini bukan sahaja sesuai untuk digunakan di peringkat pengajian ‘separuh masa’ di masjid-masjid, malah ia juga sesuai dijadikan bahan bacaan di peringkat sekolah-sekolah sehinggalah ke peringkat universiti. Tafsir ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Ia mengadunkan pandangan klasik dan juga moden dengan menggunakan bahasa yang sederhana dan tidak terlalu susah.

Ia merupakan tafsir kontemporari yang sangat relevan untuk bacaan semua peringkat. Prof. Dr. Wahbah Mustaffa al-Zuhaily, pengarang Tafsir al-Munir ini merupakan seorang ulama’, akademis dan tokoh ilmuan Islam tersohor. Berasal dari Damsyik, Syria. Beliau telah menulis sekian banyak kitab yang menjadi rujukan. Antara yang paling utama ialah al-Fiqh al-Islami (11 jilid), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu dan lain-lain.

Terjemahan Tafsir al-Munir ini telah diusahakan oleh sekumpulan para pensyarah universiti tempatan yang berkaliber. Penterjemahan ini diharap dapat membantu para pembaca mendekati makna dan kandungan ayat-ayat al-Quran dengan lebih mendalam.

Out of stock

SKU: 978-983-2417-43-9 Category: Tags: , , Product ID: 22096

Additional information

Weight 1.015 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “TAFSIR AL-MUNIR JUZ AMMA”

Your email address will not be published. Required fields are marked *