Syarah Hikam Ibnu Athaillah Jilid 2
RM22.00
Kitab ini diubahsuaikan daripada bahasa Melayu lama kepada bahasa Malaysia. Ia disalin daripada Syarah Kitab Hikam (Jawi) oleh Tok Pulai Manis, Terengganu yang diterjemahkan daripada Kitab Hikam berbahasa Arab yang dikarang oleh Imam Tajuddin Abu al-Fadhil Ahmad bin Muhamad bin Abdul Karim bin Abdul Rahman bin Abdullah bin Ahmad bin Isa bin al-Husein bin Athaillah al-Sakandari al-Maliki al-Syazili yang dirahmati Allah sekaliannya.
Nama Tok Pulai Manis ialah Syeikh Abdul Malik bin Abdullah bin Abdul Kahar bin Syarif Muhamad al-Baghdadi. Beliau dikatakan berasal daripada keluarga pembesar Kota Baghdad, kemudian menjadi pendakwah sehingga ke Asia Tenggara kemudian menetap di daerah Kuala Berang, Ulu Terengganu. Dan nama Tok Pulai Manis itu mengambil sempena tempat kediaman barunya iaitu Kampung Pulau Manis, lebih kurang 15km dari Kuala Terengganu.
ISBN-13: 978-967-11107-0-6
Tarikh Terbit: Jan 2013
Jumlah Muka Surat : 228
Penulis : Tok Pulau Manis & Ustaz Abdul Ghani Jabal Maraqy
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.