Additional information
Weight | 1.75 kg |
---|
RM70.00
Membaca dan memahami Sirah Nabawiyah bukanlah sekadar pengetahuan tentang peristiwa, sejarah atau kisah-kisah menarik tentang seorang tokoh. la juga bukan hanya cerita yang hebat yang dikisahkan tanpa sebarang makna dan tujuan.
Sirah Nabawiyah adalah lebih dari itu, is adalah kajian dan juga kisah berkisar tentang sejarah Islam itu sendiri. Sejarah yang menggambarkan watak utama dan apa yang dibawa oleh watak utama serta persekitarannya.
Dalam buku Fiqh al-Sirah, Dr. Muhammad Saad Ramadhan Al-Buthi telah menerangkan secara terperinci tujuan, keperluan dan kepentingan mempelajari Sirah Nabawiyah. Penting sekali untuk kita mengenali dan memahami keperibadian serta kenabian Rasulullah s.a.w. Ini merangkumi pelbagai sudut kehidupan, keadaan yang pernah baginda tempuhi. Ini bagi menunjukkan yang baginda bukan sahaja terkenal serta bijak dalam kalangan kaumnya malah kepada seluruh umat manusia. Baginda juga dibimbing oleh Allah Ta’ala dengan wahyu serta taufik-Nya.
Memang kita tidak ragui lagi yang kita sentiasa mencari contoh, pujaan atau sun teladan. Dengan kesempurnaan akhlak mulia dan teladan yang tinggi Rasulullah s.a.w, amat jelas dan nyata baginda adalah contoh yang terbaik. Ini diakui bukan sahaja dalam kalangan umat Islam malah yang bukan Islam pun begitu ramai mengagumi keperibadian dan kehebatan baginda.
Di samping itu. is juga membantu kita dalam memahami al-Quran. Ini kerana banyak ayat-ayat al-Quran dapat difahami dan dijelaskan maksudnya melalui peristiwa-peristiwa yang pernah dilalui dan ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w.
Kita dapat menimba amat banyak ilmu pengetahuan tentang Islam. akidah, hukum-hakam dan akhlak melaluinya. Kehidupan Rasulullah s.a.w itu adalah realiti dan gambaran kukuh mengenai prinsip, hukum dan syariat Islam.
Rasulullah s.a.w adalah seorang d’ai, pemberi nasihat dan guru yang terbaik. Baginda adalah contoh yang sempurna bagi para d’ai sepanjang zaman. Seluruh aspek kehidupan ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w yang sepatutnya menjadi ikuta dan pedoman untuk kita sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan, kejayaan dan keberkatan di dunia dan akhirat.
ISBN :9789675274640
Pengarang : Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam
Diterjemah Oleh : Panel Penterjemah
Di Semak Oleh : Ustaz Mohd. Khairul Nizam Zainan Nazri
Muka Surat: 732
4 in stock
Reviews
There are no reviews yet.