Signal Kiri Untuk Cinta

RM25.00

KATEGORI NOVEL
GENRE CINTA KOMEDI
PENULIS NIA QURRATUN’ AINI
PENERBIT FAJAR PAKEER
BIL. HALAMAN
ISBN 978-967-3652-78-5

Out of stock

SKU: 978-967-3652-78-5 Categories: , Tags: , Product ID: 27394

Description

Gara-gara terlupa bagi signal kiri punya pasal semasa mahu menukar lorong, Nila Zulqadree bertentang mata dengan Irdina Wira. Bila bertentang mata, mulut jadi bisu, jantung pula berdegup laju. Irdina Wira yang tengah berangin segera memberi ceramah penggunaan signal kereta secara percuma. Namun, bagi Zulqadree, signal lain pula yang sampai ke hati.

“Signal nak ke kiri dan kanan awak dah beritahu. Tapi, ada satu lagi signal yang perlu saya tahu.”
Signal nak ke mana lagi? Signal kenderaan memang ada kiri dan kanan aje.”
“Signal nak ke hati awak macam mana pula?”

Situasi jadi parah bila sudah kasi ayat pick up line, lupa pula nak minta nombor telefon. Zulqadree terus jadi bingung. Celah bangunan mana dia nak cari Cik Signal Kiri ni?

Ternyata, pertemuan tempoh hari bukanlah yang terakhir. Pertemuan seterusnya Zulqadree yang menjadi wira. Dia ikhlas membantu sehingga Irdina Wira sendiri tertanya-tanya siapakah insan misteri yang berhati tulus itu? Pertemuan demi pertemuan terus terjadi. Zulqadree bijak berbicara dalam menerbitkan rasa cinta. Lalu, Irdina Wira angguk setuju bila Zulqadree melamar agar kedengaran bunyi kompang dipalu.

Bila sudah kahwin, lain pula yang jadi. Irdina Wira berjauh hati. Bila si isteri berjauh hati, mestilah Zulqadree bijak dalam teknik mencuri hati. Ada sahaja tingkah dan ayat yang membuatkan hati Irdina Wira jadi tidak menentu. Mahu merajuk lama-lama pun tak jadi. Namun, ada peristiwa yang menyebabkan mereka bertukar peranan. Ganti Irdina Wira pula yang bagi signal untuk memujuk.

Lalu, berjayakah misi itu? Bagaimana pula dengan wira misteri yang menjadi tanda tanya di hati Irdina Wira? Signal cinta siapa yang terlebih dahulu sampai ke hati?

Additional information

Weight 0.445 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Signal Kiri Untuk Cinta”

Your email address will not be published. Required fields are marked *