Si Lembik Cik Hero

RM20.00

KATEGORI NOVEL
GENRE CINTA KOMEDI
PENULIS ANA HATANI
PENERBIT FAJAR PAKEER
BIL. HALAMAN
ISBN 978-967-365-177-1

Out of stock

SKU: 978-967-365-177-1 Categories: , Tags: , , Product ID: 27468

Description

“Baguslah. Saya ingatkan awak sama macam malaun-malaun tak guna tu. Kalaulah saya pandai karate, dah lama saya cabut bulu-bulu kaki dia orang tu. Biar padan muka.”

Amril didekati Daud kerana kasihan. Tetapi apabila rapat, ada saja perkara yang tak diingini berlaku. Berkawan dengan orang seperti Amril, banyak dugaannya. Daud turut diheret dalam persengketaan Amril dan Naim yang tidak pernah puas membuli Amril.

Dania hadir untuk membantu. Dan sejak itu hubungan mereka menjadi rapat. Tetapi keadaan itu tidak lama apabila satu per satu kejadian khianat terjadi. Daud menjauh. Dania hilang entah ke mana. Dan Amril hidup dengan penyesalan dan asyik menyalahkan diri.

Tahun berganti. Mereka bertiga dipertemukan kembali dalam situasi yang berbeza. Dalam kembali menjalin hubungan persahabatan yang terputus, terbit bunga-bunga cinta dalam diri mereka.

Adakah Amril yang digelar si lembik akan terus digelar si lembik? Apakah yang menyebabkan perhubungan mereka bertiga menjadi renggang? Antara mereka bertiga, bunga-bunga cinta siapakah yang akan mekar berkembang ?

Additional information

Weight 0.380 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Si Lembik Cik Hero”

Your email address will not be published. Required fields are marked *