Sejuta Nafas Cintamu

RM26.00

KATEGORI NOVEL
GENRE CINTA

PENGAJARAN

PENULIS

Kay Delaila

PENERBIT FAJAR PAKEER SDN BHD
BIL. HALAMAN
ISBN 9789675289385

2 in stock

SKU: 9789675289385 Category: Tags: , Product ID: 27365

Description

Aufa yang dahaga akan kasih sayang keluarganya yang sibuk dengan urusan dunia. Sesuatu yang mengaibkan telah berlaku hingga membuatkannya merencanakan tindakan nekad yang membelakangi hukum dan adab ekoran emosi marah serta nipisnya iman seorang remaja. Sangkanya, cagaran maruah diri yang direncanakan mampu menyedarkan keluarga namun dia diburu sesalan ekoran dibenci dan disisih oleh keluarganya sendiri. Dia dibuang keluarga dan menumpang kasih Atuk dan neneknya.

Pasangannya, Luzman menjadi tidak keruan untuk memiliki Aufa sebagai suri hidupnya yang sah selepas malam itu. Kegagalan dalam percintaan lalu menjadikannya seorang yang bebas laku dan  playboy kegilaan ramai.

Tekad Luzman yang bersungguh itu buatkan Aufa memberi syarat berat bagi playboy sepertinya. Niat Aufa mudah, Luzman akan mengalah dan terus membatalkan niat mengahwininya.  Namun Luzman lebih bijak dengan tekadnya untuk menjadikan Aufa sah menjadi isterinya.

Setelah 8 tahun,  Aufa sudah menjadi muslimah yang berpendidikan dan berjaya dalam kariernya sebagai pereka kasut. Namun usahanya tak mampu membeli kasih sayang keluarganya sendiri.

Dia sering dihantui igauan kisah silam. Lebih-lebih lagi dengan kemunculan Luzman dalam hidupnya. Cinta, keazaman dan penantian Luzman untuk memperisterikannya itu buatkan hidup Aufa semakin kalut.

 

Setelah bernikah, Luzman mulai faham maksud syarat yang disyaratkan buatnya. Hidupnya dirasa terisi dengan ketenangan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dia semakin dekat dengan Allah.

 

Apakah pengakhirannya, mampukah Aufa menerima Luzman seadanya? Apakah yang membuatkan Aufa begitu nekad dalam hidupnya? Sulusuri kisah pengabdian sayang yang disalutkan dengan nilai kasih kerana Allah itulah yang memberikan sejuta nafas dalam cinta yang sebenar.

Luzman menghadapi kepayahan dalam menawan hati isterinya yang sukar menerima hakikat yang dia sememangnya ikhlas untuk berhijrah dan mampu menjadi seorang suami yang diimpikan.

Additional information

Weight 0.470 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sejuta Nafas Cintamu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *