ROH KALIMAH TAUHID

RM8.00

Tauhid tercermin dalam kesaksian tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusanNya. Di dalam roh tauhid tersimpan segala aspek kehidupan manusia, menjadikan keperibadian penuh dengan hiasan, sumber ketenteraman dan kekuatan jiwa. Memahami roh kalimah tauhid kemudian menghidupkannya merupakan hakikat makrifatullah iaitu mengenal Allah Yang Maha Esa.

Makrifatullah bagaikan siraman air hujan yang menyuburkan pepohonan yang kering dan tanah yang tandus. Namun air hujan hanya sementara sedangkan makrifatullah tetap sejuk dan sentiasa menyuburkan jiwa dan nurani mukmin. Nur kalimah ini lebih besar dari sinaran mentari, bahkan tetap bersinar siang dan malam, malah ketika keheningan malam cahayanya semakin berkilauan.

Semoga kekuatan kalimah ini yang terkandung di dalamnya segala apa yang ada di langit dan di bumi, dapat menyinari setiap celah-celah kalbu yang merindui Ilahi ya Rabb, insya Allah.

Out of stock

SKU: 983-046-009-6 Category: Tags: , Product ID: 17744

Additional information

Weight 0.235 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “ROH KALIMAH TAUHID”

Your email address will not be published. Required fields are marked *