Description
Syurga merupakan persinggahan kekal bagi orang0orang yang bertakwa kepada Allah SWT. Syurga dilukiskan sebagai suatu tempat sempurna, indah dan menakjubkan yang letaknya berada dekat dengan Sidratu al-Muntaha. Sedangkan di dalam syurga terdapat berbagai kenikmatan dan kelazatan yang belum pernah dirasakan selama di dunia. Kenikmatan itu kekal dan tidak akan pernah sirna.
Allah SWT menciptakan syurga yang seluas langit dan bumi, sedang panjangnya tidak ada seorang pun yang mengetahuinya, kecuali Allah SWT. Setelah seorang mukmin dihisab dan ditimbang amal perbuatannya, maka apabila amal kebajikannya lebih berat daripada amal keburukannya, ia akan dimasukkan ke dalam syurga.
Risalah ini ditulis dengan tujuan agar kaum Muslimin dapat menghidupkan amal soleh dalam kesehariannya, baik yang berkaitan dengan ibadahnya, tidurnya, makannya, mahupun aktiviti lainnya. Dengan keikhlasan mengharapkan redha Allah SWT agar kita duduk dan berada di bawah naungan rahmat-Nya di dunia dan akhirat.
Reviews
There are no reviews yet.