RANGKAIAN KISAH-KISAH BIDADARI – 2002 IMPIAN – SIRI 2

RM10.00

Bidadari adalah wanita syurga yang disediakan sebagai ganjaran bagi hamba-hambaNya yang taat. Tiada kata seindah bahasa yang dapat mengambarkan kecantikan Bidadari. Kejelitaannya tidak dapat dikiaskan dengan benda di dunia ini. Keharumannya tidak ada menyamai wangian yang ada di alam ini. Segala kenikmatan terkumpul di dalamnya yang tidak pernah terlintas di mata dan hati.

Bidadari salah satu perbendaharaan kenikmatan syurga yang ghaib dan misteri, namun ia wujud yang sentiasa menanti dan merindui para kekasihnya. Bidadari sebagai isteri yang suci, di sudut matanya penuh keindahan, sebaya umurnya, sangat putih, cantik berseri wajanya, gadis-gadis remaja dan sekiranya Bidadari ini meludah di samudera nescaya airnya menjadi tawar disebabkan tawarnya air ludah Bidadari. Begitulah keistimewaan Bidadari yang Allah SWT janjikan bagi insan yang beriman.

Menikmati taman kenikmatan syurgawi merupakan dambaan setiap insan, kerana seseungguhnya tiada kenikmatan yang paling bermakna melainkan kenikmatan menghirup kebahagiaan di akhirat nanti. Semoga kita adalah diantara insan yang diredhaiNya, insya Allah.

4 in stock

SKU: 983-046-156-4 Category: Tags: , , Product ID: 18350

Additional information

Weight 0.285 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “RANGKAIAN KISAH-KISAH BIDADARI – 2002 IMPIAN – SIRI 2”

Your email address will not be published. Required fields are marked *