Description
Synopsis :
Siri Fiqh Islam Mudah – Puasa dan I’tikaf merupakan sebuah buku yang menghimpunkan membicarakan dan memuatkan hukum-hukum fiqh yang boleh dipelajari secara mudah, ringkas dan padat berkenaan dengan kewajipan puasa yang merangkumi rukun puasa, syariat puasa, sunat-sunat puasa, perkara yang boleh membatalkan puasa, puasa qadak, rukhsah dalam berpuasa, puasa-puasa sunat dan ibadah i’tikaf.
Hukum-hukum fiqh yang dibincangkan dalam buku ini merupakan pandangan yang disepakati oleh Jumhur ulama dan pandangan yang rajih dari kalangan ulama. Setiap hukum fiqh disertkakan dalil yang jelas daripada al-Quran dan al-sunnah bagi memperincikan lagi cara hukum tersebut diperolehi.
Mohd Faez bin Mohd Shah al-Hashimi dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada tahun 1984. berkelulusan ijazah Sarjana Syariah (M.Sh) dari Universiti Malaya pada tahun 2014. Ijazah Sarjana Muda Syariah (B.Sh) dalam bidang Fiqh dan Usul dari Universiti Malaya pada tahun 2010 dan Diploma Pengajian Islam dari Kolej UNITI pada tahun 2007. Beliau bergiat aktif daalm aktiviti penulisan mengenai ilmu fiqh dan hukum Islam sehingga kini telah menghasilkan beberapa buah karya fiqh.
Reviews
There are no reviews yet.