PROGRAM UZLAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

RM45.00

Uzlah merupakan sebahagian dari tanda ikatan seseorang hamba dengan Allah
subahanahu wa Taala. Setiap orang ingin mendekatkan diri kepada Allah seharusnya ber’uzlah, iaitu mengasingkan diri dari gangguan perasaan sehingga di penghujung perjalanannya dia akan memperolehi kelembutan hati. Seseorang hamba yang melakukan ‘uzla hendaklah melazimkan niatnya kerana Allah dengan maksud menjauhkan pekerti buruknya dari manusia. Jangan sekali-kali ber’uzlah dengan maksud menjauhkan dirinya dari pekerti buruk manusia, kerana pernyataan pertama tadi menunjukkan sifat tawadhu’ dan rendah diri seseorang hamba, manakala pernyataan yang kedua pula menunjukkan sifat takabbur dan sombong diri.

Konsep ‘uzlah adalah untuk memperolehi ilmu yang sahih menurut akidah tauhid supaya syaitan tidak meresapkan perasaan was-was kepada dirinya. Selain itu, penghasilan ilmu syari’at itu adalah untuk menunaikan tangguhjawab kefarduan supaya dapat membina urusannya di atas asas yang ditetapkan. Dalam pengertian yang ringkas, ‘uzlah ialah mengasingkan diri buat sementara waktu dari hiruk-pikuk masyarakat semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, mencari keredhaan-Nya dan bermuhasabah diri terhadap amalan-amalan yang dilakukan.

Buku yang berada di tatapan pembaca ini menghuraikan konsep ‘uzlah dalam bentuk kajian ilmiah, semoga ia memberi seteguk manfaat untuk kesinambungan generasi yang akan datang.

Out of stock

SKU: 978-967-308-540-8 Category: Tags: , , , Product ID: 19918

Additional information

Weight 0.515 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PROGRAM UZLAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM”

Your email address will not be published. Required fields are marked *