Description
ULASAN:
Sejak pulang dari Kembara Menjejak Buya Hamka anjuran Komuniti Jejak Tarbiah di Sumatera Barat.
Saudara Muhammad Shah Ahmad Nor konsisten menulis status ibrah pendidikan yang berinspirasi
dari Kisah Buya Hamka.
Beliau merupakan seorang Esekutif di Petronas yang juga aktif terlibat dalam aktiviti pendidikan dengan
membangun tadika & sekolah rendah Islam di Seremban. Beliau menulis dalam perjalanan ke tempat
kerjanya ketika menaiki Kamuter dan bas dari Seremban – ke KLCC. Saban minggu beliau kongsikan
penulisan tersebut dalam group whatsaap Kembara Hamka. Penulisannya bersifat santai, namun tetap
ilmiah dengan bersandarkan rujukan yang baik.
Penulisan ini bertepatan dengan idea utama Komuniti Jejak Tarbiah iaitu memasyarakatkan ilmu
seterusnya mendekatkan tokoh dan pemikiran mereka kepada umum. Justeru perbahasan buku ini
sesuai untuk bacaan umum sebagai inspirasi untuk membangun peribadi berbudi tidak sekadar
kepada pendidik seperti guru, bahkan juga untuk ibu bapa, dan generasi anak muda.
Reviews
There are no reviews yet.