Perbahasan Isti’azah, Basmalah dan Tafsir Surah Al-Fatihah

RM15.00

Al-Quran yang diwahyukan kepada manusia adalah sebaik-baik petunjuk yang mampu menyelesaikan permasalahan manusia sejagat. Dengan sifatnya sebagai petunjuk kepada manusia, maka Al-Quran bukan sahaja dikaji oleh umat Islam, tetapi turut dirasai kehebatannya oleh para pengkaji bukan Islam. Dalam menghadapi kemelut kemanusiaan yang melampaui batas, serta kebejatan sosial yang merata kini; maka sampailah masanya seluruh pemerhati berpusat kepada apa yang digariskan oleh Al-Quran; sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut yang dihadapi oleh manusia, samaada permasalahan fizikal mahupun spiritual manusia.

Pengkajian terhadap Al-Quran merupakan satu usaha yang sangat besar ertinya kepada perkembangan tamadun manusia. Bahkan pengkajian kepada Al-Quran adalah usaha mengembalikan manusia kepada asas sebenar yang dihadapi oleh manusia. Kegagalan sistem ciptaan manusia kini memerlukan satu usaha ikhlas untuk meneroka perbahasan dan perbincangan yang dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran.

ISBN-13: 978-983-41876-6-8
Tarikh Terbit: Jan 2013
Jumlah Muka Surat : 188

Penulis : Shahril Azman Hj. Abd. Halim Al-Hafiz

Out of stock

Category: Tags: , Product ID: 12975

Additional information

Weight 0.260 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Perbahasan Isti’azah, Basmalah dan Tafsir Surah Al-Fatihah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *