PELAJARAN AGAMA ISLAM

RM42.00

Manusia tidak dipaksa buat percaya. Tetapi kalau akal dan fikiran nya berjalan, akal dan fikiran itulah terpaksa percaya juga akhirnya. Orang yang dengan tegas menyatakan tidak hendak percaya, pun terpaksa mencari bentuk kepercayaan lain di luar yang diajarkan agama. Sebab itu dapatlah ditegaskan, bahawasanya kepercayaan, iman dan akidah adalah sebahagian daripada hidup.

Saya pilihlah nama yang sederhana buat menjadi nama buku ini, iaitu : “Pelajaran Agama Islam”.  Meskipun pelajaran agama Islam itu luas, tentang pokok kepercayaannya. SAya kumpulkan di dalamnya “aqal, antara fikiran dengan  wahyu.

Mungkin orang membacanya akan mendapat kesan bahawasanya pengupasan ini ialah secara “falsafah” dan mungkin memang demikian. Tetapi tujuan saya yang sebenarnya hanyalah satu:”Mengupas pokok kepercayaan dalam Islam dengan cara yang baru”.

Saya nukilkan dari dalam bahasa pusaka Islam yang banyak atau sedikit saya ketahui, iaitu bahasa Arab. Saya nukil dan saya olah dalam bahasa pusaka nenek moyang saya dan bahasa bangsa saya.

Sebab, berteraskan kepercayaan, iman dan akidah itulah mereka dapat membentuk peribadi, membentuk akhlak sampai kepada membentuk masyarakat, negara, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

 

5 in stock

SKU: 9789833707768 Category: Tags: , , , Product ID: 18826

Additional information

Weight 0.745 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PELAJARAN AGAMA ISLAM”

Your email address will not be published. Required fields are marked *