PEDOMAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH – Siri 1

RM15.00

Sesungguhnya iman merupakan senjata dan benteng utama dalam menemani setiap langkah dan perjuangan seorang insan. Sebagai cahaya makrifatullah yang menerangi tabir hitam dalam kalbu. Dari situ tumbuh subur cita-cita dan harapan kerana sesungguhnya kehidupan ini merupakan kumpulan keinginan dan hasrat untuk memperolehi kebahagiaan. Bagi insan yang berpegang pada dahan yang kukuh, maka ia akan memperolehi kenikmatan untuk berpaut dan berteduh.

Rasa rindu yang mendalam memenuhi ruang hati dan sanubari setiap insan yang memperoleh nur hidayah. Segenap jiwa dan raga tertumpu pada harapan memperolehi redha Allah. Timbul dalam diri rasa gementar terhadap larangan dan kemurkaanNya. Sesungguhnya bertaqarrub kepada Ilahi menjadikan seseorang sentiasa berada di jalan yang lurus. Tiada kenikmatan yang lebih bererti, selain dari menikmati kelazatan dan kemanisan bermujahadah kepada Allah dengan menempuh jalanNya.

Semoga buku ini dapat membantu kita dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan pencipta yang Maha Berkuasa, insya Allah.

Out of stock

SKU: 983-046-135-1 Category: Tags: , , , , Product ID: 17708

Additional information

Weight 0.405 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PEDOMAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH – Siri 1”

Your email address will not be published. Required fields are marked *