Nikahi Calon Isteri Super

RM21.90

 “Bagaikan permata di celahan kaca, kerdipnya sukar dibezakan…”
Mencari pasangan tidak semudah menuturkan hasrat, “Sudikah kau menjadi pasangan
hidupku?” Mahu melafazkan ayat lamaran itu pun, kaki sudah terketar-ketar dan dada sudah
berdebar-debar. Apabila diterima, seluruh dunia bergegar oleh kegembiraan kita. Apabila ditolak
pula, semua keceriaan terasa hambar.
Lebih malang, harapan tinggi bagi membina syurga dunia dalam keluarga itu musnah
berkecai. Mengapa? Kerana kita tidak berhati-hati ketika proses pemilihan pasangan itu. Salah
siapa? Apakah salah pasangan kita sepenuhnya? Apakah kita sendiri tidak bersalah, sedangkan
kita yang memilih pasangan kita itu?
Sabda Rasulullah s.a.w., “Wanita dikahwini kerana empat perkara; hartanya, keturunannya,
kecantikannya dan agamanya. Pilihlah kerana agamanya kerana jika tidak, kamu akan binasa.”
Proses pernikahan harus dijaga barakahnya bermula dari proses pencarian pasangan. Pada
masa yang sama, kita sendiri perlu sentiasa memperbaiki diri supaya dapat menjadi lebih baik
daripada diri kita hari ini. Firman Allah:
“Wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk
wanita-wanita yang jahat; (sebaliknya) wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik
dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih
daripada (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu
akan mendapat pengampunan Allah dan pengurniaan yang mulia.” (An-Nuur : 26)

ISBN-13: 978-967-5391-28-6
Tarikh Terbit: Jan 2014
Jumlah Muka Surat : 162

Penulis : Intan Farhana

5 in stock

Category: Product ID: 12711

Additional information

Weight 0.240 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Nikahi Calon Isteri Super”

Your email address will not be published. Required fields are marked *