Nihayah Al – Zain Fi Irshad Al – Mubtadi’in

RM125.00

Nihayah al-Zain fi Irshad al-Mubtadi’in merupakan sebuah karya fiqh mazhab al-Shafi’i yang dikarang oleh abi al-Mu’ti Muhammad bin Umar Nawawi al-Jawi al-Tannari al-Bantani (wafat 1316H) seorang ulama yang berasal dari kepulauan melayu nusantara. Kitab ini merupakan kitab syarah yang menghuraikan kitab Qurrah al-‘Ain bi Muhimmat al-Din karangan al-Din karangan al–Allamah Zaynuddin bin Abdul ‘Aziz bin Ali al-Malibari al-Fanani.

Kitab ini membincangkan pelbagai hukum fiqh bermula daripada persoalan taharah sehingga kehakiman mengikut manhaj al-Shafi’iyah. Setiap hukum-hukum fiqh disandarkan hukumnya adalah berdasarkan kepada kaedah al-Shafi’iyah.

Kandungan perbincangannya diambil dari kitab Nihayah al-Amal karya Syaikh Muhammad bin Ibrahim Abi Khudhair al-Dimyati, kitab Nihayah al-Muhtaj dan Tuhfah al-Muntaj karya Syaikh Muhammad al-Ramli dan Ahmad bin Hajar kerana ia merupakan karya utama ulama muta’akhir dari mazhab al-Shafi’i, kitab Fath al-Jawwad dan al-Nihayad Syarh Abi Syuja’ serta beberapa kitab Hasyiyah yang lain. Kitab ini diberi nama Nihayah al-Zain fi Irshad al-Mubtadi’in yang bermaksud ” Hiasan paling indah dalam membimbing para pemula”.

5 in stock

Category: Tags: , , , , , Product ID: 20123

Additional information

Weight 1.945 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Nihayah Al – Zain Fi Irshad Al – Mubtadi’in”

Your email address will not be published. Required fields are marked *