MENYINGKAP KENIKMATAN DAN KEINDAHAN SYURGA

RM29.90

KATEGORI BUKU
GENRE UMUM
PENULIS SYED MAHADZIR BIN SYED IBRAHIM
PENERBIT HR PUBLISHING
BIL. HALAMAN 296
ISBN 9789675391958

 

Out of stock

SKU: 9789675391958 Category: Tags: , , Product ID: 31695

Description

BUKU MENYINGKAP KENIKMATAN DAN KEINDAHAN SYURGA

Syurga atau Al-Jannah bahasa bermakna kebun (al-bustan) atau kebun yang di dalamnya terdapat pepohonan. Bangsa Arab juga biasa menggunakan kata al-jannah untuk menyebut pohon kurma. Secara istilah, syurga ialah nama yang umum mencakup sebuah tempat yang telah dipersiapkan oleh Allah SWT bagi makhluk yang mentaati-Nya, di dalamnya terdapat segala macam kenikmatan, keindahan, kelazatan, kesenangan, kebahagiaan, dan kesejukan pendangan mata. Syurga juga disebut dengan berbagai nama, antaranya Darus Salam (Negeri Keselamatan), Darul Khuld (Negeri yang Kekal), Jannatun Na’im (Syurga yang Penuh Kenikmatan), Al-Firdaus dan lain-lain lagi.

Keindahan dan kenikmatan di syurga tidak dapat digambarkan oleh akal manusia fana. Pelbagai kisah tentang syurga sering diceritakan dalam berbagai surah Al-Quran, sebagai tempat keabadian berupa jannah (taman yang indah atau kebun) yang terdapat sungai-sungai mengalir dibawahnya. Allah s.w.t berfirman: ‘Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa ialah seperti taman mengalir sungai-sungai di dalamnya: buahnya tidak henti-henti, sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa; sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.’ (surah Ar-Ra’d:35)

Sesungguhnya, syurga adalah negeri kemuliaan yang abadi iaitu negeri yang penuh dengan kenikmatan dan keindahan maha sempurna. Kenikmatan dan keindahan yang telah Allah SWT sediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Betapa agungnya nikmat syurga jika dibandingkan dengan kesenangan dunia.

Additional information

Weight 0.395 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “MENYINGKAP KENIKMATAN DAN KEINDAHAN SYURGA”

Your email address will not be published. Required fields are marked *