Additional information
Weight | 0.280 kg |
---|
RM22.00
Seorang tokoh sufi mengatakan bahawa makam tertinggi dan kenikmatan puncak yang dapat dicapai oleh seseorang di dunia adalah berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dalam keadaan berjaga. Hal itu tentu sangat berat dan hanya dapat dicapai oleh orang tertentu sahaja.
Namun, berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dalam mimpi pun sama dengan melihat baginda dalam terjaga, sebagaimana disebutkan dalam sabda baginda:
“Barang siapa melihat aku dalam mimpi, maka ia telah melihat aku dalam keadaan jaga.”
Juga jika seseorang mimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW, maka dapat dipastikan bahawa yang dilihatnya adalah benar-benar Nabi Muhammad SAW kerana seperti yang disabdakan baginda bahawa syaitan dan jin tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad SAW.
Penyusun buku ini dengan sangat cermat dan teliti mengumpulkan berbagai-bagai cara dan doa yang telah dicuba oleh para ulama untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW di dalam mimpi. Sebahagian doa dan selawat dalam buku ini merupakan ijazah dari para syeikh sufi terkenal. Jika seseorang mencuba salah satu dari seratus cara yang terdapat di dalam buku ini, maka insya-Allah ia akan dapat melihat wajah Nabi Muhammad SAW yang suci dan auranya yang agung.
Inilah buku pertama dan terlengkap tentang masalah ini dan satu-satunya buku yang dapat menjawab kerinduan seorang Muslim untuk dapat menatap wajah Nabi Muhammad SAW, setidak-tidaknya dalam mimpi.
5 in stock
Reviews
There are no reviews yet.