Menghayati Erti Zuhud dan Kehidupan Tokoh-Tokoh Zuhud Generasi Awal

RM25.00

ZUHUD bermaksud tidak mementingkan hal-hal yang bersifat keduniaan dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Zuhud termasuk salah satu ajaran agama Islam yang sangat penting dalam rangka mengendalikan diri daripada pengaruh negatif kehidupan dunia.

Firman Allah SWT: “Dan tidakkah (dinamakan) kehidupan dunia, melainkan dari bermain-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka, tidakkah kamu memahaminya?”
(Surah Al-An’am 6:32)

Zuhud dapat memberikan pemahaman sepenuhnya bahawa dunia adalah perkara yang tidak ada maknanya dan akan cepat bosan jika dibandingkan dengan yang ada di sisi Allah SWT. Zuhud dapat menghadirkan perasaan bahawa kehidupan di dunia sifatnya hanya sementara, sehingga dalam kehidupan sehari-hari seseorang akan menganggap ganaah (cukup) terhadap rezeki dan ketentuan Allah SWT. Zuhud melahirkan sikap warak (menjaga diri agar tidak terjatuh kepada yang syubhat), tawakal, sabar dan syukur.

Ramai tokoh-tokoh besar yang mempunyai sifat zuhud kepada Allah SWT. Sebagai contoh Abu Sakar As-Siddiq r.a, seorang yang kaya namun sedikit pun tidak menghalang dirinya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Sifat zuhud ini penting kerana dapat membuat manusia memikirkan dan merenungi akhirat. Zuhud juga dapat mengalahkan hawa nafsu manusia. Zuhud dapat menghadirkan perasaan bahawa kenikmatan duniawi tidak boleh memalingkan hati dan zikir kepada Allah SWT.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan sifat zuhud yang terdapat pada tokoh-tokoh yang terdiri daripada sahabat-sahabat nabi serta kelebihan dan keburukan sifat zuhud, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan bersifat zuhud terhadap Allah SWT dan manusia.

ISBN-13: 978-967-4392-23-9
Tarikh Terbit: Jan 2015
Jumlah Muka Surat : 448

Penulis : Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari

5 in stock

Category: Tags: , , Product ID: 14085

Additional information

Weight 0.595 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Menghayati Erti Zuhud dan Kehidupan Tokoh-Tokoh Zuhud Generasi Awal”

Your email address will not be published. Required fields are marked *