Memori Jumaat – Siri Diari Seminggu 6

RM5.00

KERIANGAN seminggu terhias indah dengan Jumaat. Inilah penghulu segala hari yang menjanjikan keampunan bagi yang bertaubat, kerahmatan kepada yang ikhlas menunaikan amal ibadat. Padanya seluruh insan digalakkan mandi dan berhias diri demi meraikan keistimewaan serta waktu makbulnya doa yang sengaja disembunyi.

Kehadirannya selalu dinanti, disulami khutbah serta perkumpulan sekalian Mukminin demi memacu kehidupan agar senantiasa berada dalam keredhaan Ilahi. Inilah hari yang dimuliakan dan inilah hari yang bakal mengakhiri alam duniawi. Oleh itu, janganlah biarkan ia berlalu tanpa membawa sebarang erti.

Semoga hari Jumaat dapat menyebarkan rahmat serta berkat kepada setiap insan yang sentiasa dahagakan kasih sayang Allah SWT serta mendambakan sentuhan hening telaga Kauthar yang dicicip dari dari tangan Rasulullah SAW pembawa hidayah kepada umat terakhir ini, insya Allah.

ISBN-13: 978-983-046-461-9
Tarikh Terbit: Jan 2009
Jumlah Muka Surat : 128

Penulis : Abu Ahmad Yasin

2 in stock

Category: Product ID: 13414

Additional information

Weight 0.120 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Memori Jumaat – Siri Diari Seminggu 6”

Your email address will not be published. Required fields are marked *