Description
BUKU MEMBONGKAR RAHSIA KIAMAT
Buku ini membicarakan soal kiamat dari dua aspek yang berbeza iaitu aspek persepsi yang ditimbulkan oleh sains dan aspek realiti yang ditimbulkan oleh firman dan sabda. Teori-teori sains fizik, pandangan sains tentang kiamat, teori evolusi bintang dan sebagainya juga turut dimuatkan bagi memperlihatkan keluasan minda tentang kiamat yang wujud sekitar kita.
Rasulullah bersabda :”Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan kepada kamu, bahawasanya di hadapanku ada azab yang sangat pedih..” (Muttafaqun ‘alaih).
Ucapan baginda ‘di hadapanku’ menunjukkan dekatnya hari kiamat dan dekatnya hisab(perhitungan) di dalamnya. Ada dua hakikat yang tidak pernah terfikir dalam benak manusia secara umum pada ketika ini : Dua perkara tersebut adalah pertama: dekatnya hari kiamat dan kedua, dekatnya hari perhitungan, berdasarkan firman Allah s.w.t: “Telah dekat kepada manusia hari hisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling(daripadanya).” (surah Al-Anbiya’:1)
Reviews
There are no reviews yet.