Membongkar Misteri Yakjuj Makjuj Makhluk Perosak Alam

RM38.90

Out of stock

Category: Product ID: 42157

Description

SEHINGGA kini, suku bangsa yang disebut sebagai Yakjuj dan Makjuj masih nenimbulkan kontroversi. Ada yang menyebut bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah Bangsa Tartar dan Mongol, pasukan Gengiz Khan (Hulagu), sejenis makhluk aneh, haiwan, dan sebagainya. Dalam salah sebuah hadis yang diriwayatkan Al-Bukhari, Rasulullah SAW menyebutkan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu memiliki fizikal berrbadan bulat, bermata sepet, dan berkulit kuning. Kerana itu, lantas ada yang mengaitkannya dengan orang-orang keturunan China, Korea, dan Mongolia. Konon, makhluk yang bernama Yakjuj dan Makjuj ini akan muncul menjelang hari kiamat nanti. Dari An -Nuwas dari Rasulullah SAW, baginda bersabda, Kemudian Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, mereka turun dengan cepat dari bukit-bukit yang tinggi. Selepas itu gerombolan atau barisan pertama dari mereka melewati Tasik habariyah dan meminum habis semua air dalam tasik tersebut.’ (hadis riwayat Muslim 2937/110, At-Tirmidzi 2240 Abu Dawud 4321, Ibnu Majah 4075).

Cerita mengenai Yakjuj dan Makjuj tertera dalam Al-Quran dalam surah A1-Kahfi ayat 92-98 dan kebangkitannya dinyatakan dalam surah An-Anbiya ayat 16-97. Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan, sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kiamat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim.” (surah An-Anbiya: 96-97).

Dalam hadis yang diriwayatkan dari Zainab binti Jahsyi, isteri Nabi, Rasulullah SAW menyatakan, tembok yang dibina olch Dzulkarnain telah berlubang sebesar telur ayam (Rasulullah SAW melengkungkan jari telunjuk dengan ibu jari tangan baginda). Kcrana itu, umat manusia akan mengalami celaka kerana Yakjuj dan Makjuj ini berjaya nenembusi tembok tersebut. Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad. Lalu, bagaimana dengan firman Allah SWT yang menyatakan bahawa tembok terscbut tidak akan dapat dilubangi? Apakah ini menunjukkan kerana begitu lamanya sehingga tembok yang dibuat dari besi dan tembaga itu akan berlubang? Sejumlah ahli bahasa mcyakini bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah orang-orang China, Yakjuj dan Makjuj, menurut ahli lughah, ada yang menyebut isim musytaq (memiliki akar kata dari bahasa Arab) berasal dari ajaja an-nar ertinya jilatan api. Menurut Abu Hatim, Yakjuj berasal dari maja, iaitu kekacauan. Makjuj berasal dari mu’juj, iaitu malaja. Namun, menurut pendapat yang sahih, Yakjuj dan Makjuj bukan isim musytaq, melainkan isim ‘ajam dan laqab (julukan).

 

ISBN-13: 978-967-2278-46-7
Tarikh Terbit: Jan 2022
Jumlah Muka Surat : 261

Penulis : Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Additional information

Weight 1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Membongkar Misteri Yakjuj Makjuj Makhluk Perosak Alam”