Description
ULASAN:
Menurut Ibnu Khaldun, tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bereti
pembukaan bandara atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan
tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah
lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa
Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah ‘culture and civilization’ atau kebudayaan
dalam bahasa Melayu. Perkataan ‘civilization’ dalam bahasa Inggeris berasal dari bahasa Greek ‘civitas’
yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah
tersebut. Istilah tamadun banyak digunakan dalam penulisan tamadun Islam.
Sejarah sudah mencatatkan bahawa banyak tamadun di dunia ini yang sudah lenyap ditelan zaman.
Ada di antaranya tidak langsung meninggalkan sebarang kesan sejarah, tidak ditemui sebarang
artifak tinggalan malah dilupakan begitu saja. Namun begitu ada juga tamadun yang hilang tetapi
masih dapat dihayati kewujudannya melalui pelbagai artifak tinggalan hasil dari penggalian
pakar-pakar arkeologi.
Antara tamadun yang sudah hilang ditelan zaman ialah tamadun Olmek, tamadun Aztek, tamadun Elam,
tamadun Viking, tamadun Mesopotamia, tamadun Atlantis, tamadun Lemuria dan beberapa tamadun lagi
yang suatu ketika dulu pernah menceriakan kegemilangan dunia. Di dalam buku ini dipaparkan beberapa
tamadun yang dirasakan menarik untuk dihayati dan diteladani kisah-kisahnya. Kesemua tamadun
yang dipaparkan dalam buku ini sudahpun lenyap ditelan zaman. Bukti-bukti arkeologi dan catatan-
catatan bersejarah yang ditemui oleh pengkaji telah mengungkapkan pelbagai maklumat menarik
termasuk misteri dan persoalan yang sehingga kini belum dapat dijawab untuk tatapan kita bersama.
Reviews
There are no reviews yet.