Description
BUKU MEMBONGKAR MISTERI TAMADUN AWAL DUNIA: PANDANG SISI PERADABAN MANUSIA MESIR KUNO
Mesir Kuno yang dikenali sebagai Bumi Firaun merupakan antara tamadun terawal dunia yang melambangkan kehebatan peradaban dunia silam yang semakin hilang daripada garis pensejarahan terutama dari sudut pandang Timur kerana kurang diberi perhatian akan peripentingnya . Walhal, sebenarnya tamadun Mesir Kuno amat akrab dengan Timur atau Dunia Muslim kerana ramai Nabi/Rasul yang dibangkitkan di sana termasuklah Nabi Yusuf a.s, Nabi Musa a.s, dan Nabi Harun a.s. Nabi/Rasul ini berperanan untuk mengajak masyarakat Mesir Kuno menyembah Allah. Sehinggakan Mesir Kuno sebenarnya turut dikenali sebagai Bumi Anbiya’.
Nyata masyarakat Mesir Kuno amat maju dari sudut intelektual dan kemahirannya. Mungkin kerana terdapat Nabi/Rasul sebagai pemandunya. Walau bagaimanapun, sudah lumrah sesebuah tamadun akan melalui kitarannya, muncul, bangun, berkembang, dan akhirnya runtuh. Begitu halnya yang berlaku kepada tamadun Mesir Kuno.
Reviews
There are no reviews yet.